Gejala
Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.
-
Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).
-
Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.
-
Radang di sekeliling tompokan pada kulit.
-
Tompokan pada kulit menjadi berkerak.
-
Kulit menjadi berparut.
-
Pigmentasi.
Pengurusan sendiri
Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.
-
Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.
-
Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
-
Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.
-
Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.
-
Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.
-
Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.
-
Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.
-
Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
-
Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
Komplikasi
Fizikal
parut yang kekal di muka.-
Psikologikal
gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar